1. Barli - Kajian mendapati ia bagus untuk menurunkan suhu badan terutama ketika demam.
2. Kurma - Nabi pernah berkata yang rumah tidak mempunyai kurma itu umpamanya tiada makanan di rumahnya.
3. Buah Tin - Buah dari syurga. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
4. Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membantu membersihkan darah, menguatkan buah pinggang di samping membersihkan perut.
5. Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok dimakan waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai - Kata Nabi wanita yang kerap memakan tembikai tidak akan pernah gagal melahirkan anak yang mempunyai perwatakan dan wajah yang baik.
7. Susu - Nabi berkata susu baik untuk perkembangan minda, membuang panas dalam badan, menguatkan belakang badan, memperbaharui pandangan mata, dan membuang penyakit mudah lupa.
8. Cendawan - Baik untuk mata dan bahan semulajadi perancangan keluarga.
9. Minyak Zaitun - Baik untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan di samping merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air Kosong - Minuman terbaik sepanjang zaman. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana dikhuatiri mudah mendapat sakit pada hati.
Semoga dengan perkongsian ini sunnah nabi dapat dihidupkan kembali di samping memberi manfaat untuk semua kerana setiap perkara kebaikan ini akan dibalas kembali dengan kebaikan. Kalau tidak di dunia ini di akhirat sana kelak. Insya-Allah....
ANDA MUNGKIN TERPANGGIL UNTUK MEMBACA:
0 comments:
Post a Comment