Tuesday, January 14, 2014
3:41 AM 0

Jangan Hina Rasulullah SAW



"Dia tengok orang pakai kopiah, dia hormat kerana kopiah itu merupakan pakaian Rasulullah SAW"
"Dia tengok orang pakai serban, dia suka walaupun dia pakai topi sahaja."
"Maka dia dapat syurga Allah"
"Dengan sebab kasih dan cintanya kepada orang yang mengamalkan sunnah Rasulullah, sudah cukup untuk melayakkannya mendapat syurga Allah Ta'ala."
 "Hebatnya Allah SWT."
"Sebab itu kita jangan benci sunnah Rasulullah"
"Ini tak, dah la tak pakai serban, pastu nampak orang pakai serban rasa benci"
"Ni ape ni pakai serban ni? Puak Taliban ke apa?"
"Siapa yang sindie, hina dan sebagainya tentang sunnah, Rasulullah akan dianggap kafir serta-merta secara automatik"
"Sebab itulah kita jangan hina sunnah Rasulullah SAW"
"Kita taknak pakai serban. Tak apa"
"Kita tiada janggut. Tak apa"
"Kita taknak pakai kopiah. Tak apa"
"Kita taknak pakai jubah. Tak apa"
"Kita pakai topi macam orang yang main golf sahaja" 
"Kita pakai baju T-shirt biasa sahaja"
"Kita pakai seluar londeh ala-ala hip-hop sahaja"
"Tapi bila tengok orang pakai pakaian mengikut sunnah, kita tak hina"
"Kerana ini adalah pakaian Rasulullah SAW"
"Rasulullah bukan nabi dia sahaja, nabi aku juga"
"Aku hip-hop pun, nabi aku Rasulullah SAW"
"Aku rockers pun, nabi aku Rasulullah SAW"
"Nabi yang sama"
"Jika demikian sikap kita"
"Syurga balasannya." 

~Petikan nukilan Ustaz Azhar Idrus~ 

Video daripada vlogger TH Film. Banyak koleksi video Islamiknya yang menarik. Luangkanlah masa untuk mencuci hati dan menguatkan lagi iman anda.

Anda mungkin tergerak untuk membaca:

0 comments:

Post a Comment