Friday, January 10, 2014
9:57 PM 0

Ibu Sedia Tempat Anak Gadisnya Buat Maksiat

NUSAJAYA : Seorang ibu sepatutnya mendidik anak-anaknya menjadi insan berguna dan menegah mereka daripada melakukan kemaksiatan. 

Lain pula yang terjadi di Taman Nusantara di sini apabila seorang ibu bukan sahaja membenarkan anaknya membawa masuk lelaki ke dalam rumah malah lebih melampau ibunya menyediakan tempat tidur khas untuk anaknya membuat 'projek'. 

Wanita tersebut bertindak membantu anaknya semata-mata tidak ingin anaknya dicekup melakukan maksiat kali kedua oleh jabatan agama. 

Bagaimanapun, kegiatan 'kotor' dua beranak itu nyata terbongkar hasil kerjasama Jabatan Agama Johor dengan Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dalam melakukan intipan. 

Serbuan yang telah dijalankan kira-kira jam 5 pagi itu mendapati gadis tersebut berada di tingkat atas manakala teman lelakinya berada di tingkat bawah, kata Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab. 

Pasangan tersebut dikatakan seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis tersebut apabila teman lelakinya kerap dibawa balik tidak kira siang dan malam. 

Pihak Biro Keselamatan juga difahamkan bahawa ibu itu juga turut membenarkan mereka berdua-duaan di rumah. Ibu gadis tersebut yang berusia 50-an mengakui kesilapan kerana terlalu membenarkan anaknya bergaul secara bebas dan berjanji akan mengawasi tingkah laku anaknya dengan lebih ketat.

0 comments:

Post a Comment