Datangnya kisah ini daripada seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil ketika berkongsikan pengalamannya berdakwah di Jordania. Kisah ini bermula ketika Syaikh Maulana Tariq Jamil baru sahaja selesai solat subuh di masjid berdekatan Jordania.
Secara tiba-tiba sahaja Syaikh Maulana Tariq Jamil ternampak seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah melihat sebentar sahaja dia terus hendak berlalu pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel tersebut dan bertanyakan apa yang sedang dia lakukan.
"Saya sebenarnya hanya ingin melihat berapakah jumlah orang Islam yang hadir solat subuh berjeamaah di Masjid," kata tentera Israel tersebut. Syaikh Maulana Tariq Jamil yang kehairanan lalu bertanyakan pula kepada tentera Israel itu, "Mengapa perlu berbuat demikian?".
Lalu dia pun menjawab, "Di dalam kitab kami (Taurat) ada tertulis yang jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah sama dengan ketika solat Jumaat, maka saat itu Israel akan HANCUR!!"
0 comments:
Post a Comment