Tuesday, July 15, 2014
11:38 PM 0

SUNGAI PUAKA!! Tetap Disukai Ramai Untuk Mandi Walaupun 9 Orang Telah Mati [6 Gambar]



'Texas River' merupakan sebuah sungai yang agak misteri kerana mempunyai sebuah lubang yang mempunyai kedalaman sehingga 30 kaki.

Kalau anda berpeluang datang ke sungai ini adakah anda begitu 'lelaki' untuk melompat ke dalam lubang sedalam 30 kaki ni?

Jika difikirkan logik memang tiada siapa yang seberani itu untuk melompat ke dalam lubang yang begitu dalam ini. Tapi yang menghairankan, aktiviti seperti inilah yang paling digemari oleh orang ramai yang berkunjung ke sungai tersebut.

Lubang ini yang dinamakan 'Jacob's Well' dijumpai oleh seorang peneroka ketika melalui 'Texas River' pada tahun 1850. 'Jacob's Well' ini juga hampir dinobatkan sebagai 7 Keajaiban Dunia dek kerana keunikannya.

Tempat ini sememangnya amat berbahaya untuk dijadikan sebagai tempat melakukan aksi terjunan. Tapi itulah yang diminati pengunjung yang tidak pernah serik dengan insiden-insiden yang pernah terjadi.

Dikhabarkan, seramai 9 orang telah mati di Jacob's Well tersebut. Jadi, kalau anda berkesempatan untuk datang ke Jacob's Well ini berhati-hatilah apabila ingin mencuba melakukan terjunan. Jika anda tersasar, mungkin itu bakal menjadi terjunan terakhir ANDA!!

0 comments:

Post a Comment