Tuesday, July 15, 2014
4:07 PM 0

BOIKOT ISRAEL!! Cara Mudah Mengetahui 'BARCODE' Barangan Israel


Kekejaman rejim Zionis a.k.a Yahudi laknatullah ini terhadap masyarakat yang majoriti beragama Islam di Palestin sudah lama diketahui.

Akan tetapi, serangan ke atas bumi Gaza di Palestin baru-baru ini dikatakan keterlaluan dan disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Oleh itu, kita sebagai individu yang bersimpati haruslah dapat membantu walaupun sedikit. Selain berdoa akan kemenangan pejuang-pejuang Islam di Palestin, kita juga perlu berjuang dalam 'menjahanamkan' rejim Zionis ini.

Macam mana pulak? Nak kena pergi Gaza jugak ke? Tak perlu sebenarnya. Banyak cara lagi yang kita boleh buat dan antaranya ialah memboikot barangan Israel yang menjadi penyumbang dana kepada kekejaman rejim Zionis.

Kalau nak tahu lebih detail lihat gambar dibawah.


Gambar di atas ini menunjukkan barcode yang terdapat pada barangan yang dijual di pasaraya, kedai-kedai runcit dan sebagainya. Daripada barcode inilah kita boleh tahu macam-macam benda termasuklah dari mana barang itu datang atau bahasa lebih mudahnya diimport. Biasanya barcode bagi barangan Israel ini angka depan barcodenya ialah 729. Ulangan sekali lagi 729!!


Jadi semua dah tahu la kan kiranya mana barangan Israel melalui barcode. Haa . . .jadi tunggu apa lagi? Bagi yang dah lama nak boikot tu dipersilakan melakukan sedemikian. Bagi yang taknak pun tidak mengapa. Tiada paksaan tapi anda kena ingat! Nasib saudara-saudara kita di sana tidak sebaik nasib kita. Sekadar perkongsian sahaja. Bukan hasutan ataupun paksaan. Wallahualam .. .. ..





0 comments:

Post a Comment