Thursday, July 3, 2014
10:11 PM 0

Parti "Basah" Di Bulan Ramadhan?!! Sungguh Biadap!

Baru sahaja nak masuk hari keenam umat Islam berpuasa di bulan ramadhan ini, macam-macam hal pula yang jadi. Terdahulu mengenai Azwan Ali yang menghina bazar ramadhan. Kini ada pula cerita yang lebih 'panas' telinga bila admin mendengarnya. Mana taknya, ada ke patut bulan yang mulia ini tergamaknya dibuat parti liar? Nauzubillah. Apa lah nak jadi dengan dunia akhir zaman ni . . . .


MELAKA : Sekumpulan individu telah dikesan oleh Jabatan Agama Islam Melaka dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menganjurkan parti liar di kolam renang milik persendirian di sebuah kawasan resort di Jasin, kelmarin.

Parti tersebut dikatakan turut dihadiri oleh pengunjung beragama Islam, namun serbuan yang dilakukan pihak MPHTJ lewat malam kelmarin tidak menemui peserta beragama Islam.

Ketika serbuan, pengunjung parti tersebut kebanyakannya  mabuk akibat pengambilan arak yang telah disediakan penganjur.

Difahamkan, parti berkenaan dianjurkan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan mengenakan tiket bernilai RM35 setiap seorang bagi menyertai aktiviti yang turut menyediakan pelbagai minuman keras.

 Setiausaha MHTJ, Shahdan Othman berkata, serbuan dilakukan setelah pihaknya mendapat aduan awam mengenai parti liar tersebut.

Serbuan yang dilakukan mendapati penganjur parti berkenaan tidak mempunyai permit untuk melangsungkan parti tersebut.

0 comments:

Post a Comment