Padah Niat Jahat!! Foto Pencuri Maut Kepala Tersepit
DUNGUN : Cubaan seorang lelaki untuk memecah masuk sebuah rumah hanyalah menemui ajal apabila dia dijumpai dengan kepalanya tersepit di celah lantai kayu.
Lelaki tersebut dipercayai cuba menyelinap masuk ke dalam rumah tersebut melalui lamtai ketika penghuni rumah berkenaan tiada di rumah.
Menurut penghuni rumah tersebut, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, dia nyata terkejut melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika baru pulang dari mengajar di sekolah.
Wan Azhan bertindak memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka turut mengesahkan ia adalah kepala manusia.
Lantas dia turun ke bahagian bawah rumah dan terkejut melihat badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.
sumber : #aakj
0 comments:
Post a Comment