Saturday, July 19, 2014
6:16 PM 0

MH17 LIVE UPDATE : Kerajaan Russia Kantoi Sunting Maklumat MH17 Di Wikipedia



Isu MH17 dihangatkan lagi apabila The Telegraph melaporkan bahawa kerajaan Russia telah menyunting maklumat di Wikipedia tentang targedi nahas yang melibatkan penerbangan MH17 milik syarikat penerbangan Malaysia  Airlines (MAS) di sempadan Russia-Ukraine.

Mereka dikatakan telah menukarkan beberapa rujukan tentang penglibatan kerajaan mereka ke atas insiden tersebut. Menurut Timbalan Ketua Teknologi Portal The Telegraph, satu bot Twitter yang memantau sebarang penyuntingan yang berlaku di laman web berkenaan telah mengenal pasti alamat IP (menyimpang maklumat lokasi, perisian, dan "browser") dari kerajaan Russia telah membuat perubahan tersebut. 

@RuGovEdits, sentiaasa memuat naik perubahan-perubahan yang berlaku di Wikepedia sekiranya ia dilakukan oleh komputer dengan alamat IP kerajaan Russia.

Telegraph turut melaporkan penyuntingan tersebut dilakukan oleh seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) di Wikipedia versi bahasa Russia.

Antara penyuntingan yang dilakukan oleh pengguna tersebut adalah menukar ayat "Pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk" kepada  "Pesawat MH17 ditembak jatuh oleh tentera Ukraine."

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pesawat Boeing-777 MH17 telah ditembak jatuh secara "surface-to-air" pada ketinggian 10,000 kaki selepas memasuki ruang udara Ukraine di kawasan sempadan Russia-Ukraine yang merupakan kawasan konflik.
Sehingga kini siasatan berhubung perkara tersebut masih dijalankan dan pihat Russia dan Ukraine saling menyalahkan antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment