Saturday, July 19, 2014
4:10 PM 2

Lagi Cerita Menyayat Hati MH17: "Pulanglah Ayah" - Rintih Anak Yang Setia Menunggu


"Apai....pulanglah...apai janji nak bawa kami jalan-jalan ke Miri."
Itulah rintihan Maryline Sindun anak sulung kepada seorang penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lalu. Ayah kepada remaja berusia 18 tahun ini, Meling Mula adalah seorang pemasang perancah sebuah syarikat minyak dan gas.

Anak sulung penumpang tersebut hanya menangis ketika dihubungi oleh wartawan dan langsung enggan berbual kerana dia masih tidak menerima kenyataan tentang kejadian yang meninpa bapanya ini.

Penantiannya untuk berjumpa dengan ayahnya masih tidak kesampaian dan terpaksa menerima satu berita yang amat sukar untuk dirinya.

Dalam pada itu, isteri Meling, Sigut Kedit, 39, berharap pihak MAS segera memberi pengesahan rasmi bagi membolehkannya ke Kuala Lumpur. -HMetro

2 comments:

  1. sedih bai...semoga tabah hadapai dugaan hidup..bagi yang beragama islam, jangan lupa panjatkan doa kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita di dunia yang sementara ini. mereka telah pergi menuju ke alam yang kekal abadi, tempat asalnya kita...

    ReplyDelete
  2. sungguh menyayat hati kisah-kisah keluarga MH17 ni. Tak lama lagi dah nak raya. sedih betul.... bagi yang beragama Islam, mari kita sama-sama doakan semoga mereka semua berada di dalam rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete