Amat mengerikan, seorang lelaki menderita kerana tercekik sesuatu yang amat tidak terduga dek akal manusia. Sungguh luar biasa kejadian ini, belum pernah terjadi mungkin sebelum ini.
Perkara ini tersebar apabila satu rakaman video dimuat naik sepasukan kakitangan perubatan sedang mengerah keringat mengeluarkan satu objek yang besar daripada tekak seorang lelaki yang kemudiannya dikenal pasti sebagai telefon bimbit di mana kejadian ini berlaku di Klerksdorp, Afrika Selatan.
Difahamkan, rakaman tersebut memaparkan doktor berusaha mengeluarkan objek tersebut menggunakan penyepit besi untuk mengeluarkan objek tersebut daripada tekak lelaki terbabit. Lelaki itu dalam keadaan terbaring dan sukar bernafas ketika itu.
Difahamkan, rakaman tersebut memaparkan doktor berusaha mengeluarkan objek tersebut menggunakan penyepit besi untuk mengeluarkan objek tersebut daripada tekak lelaki terbabit. Lelaki itu dalam keadaan terbaring dan sukar bernafas ketika itu.
Tanpa mengetahui apa sebenarnya objek berkenaan, pasukan perubatan yang bertugas jelas terkejut dan tidak kurang juga ada gagal menahan ketawa apabila mendapati ia adalah telefon bimbit.
Walaupun video berkenaan baru dimuat naik, ia dipercayai dirakam pada Mei 2012 oleh Edwin Shingo yang juga seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan kejadian luar biasa itu.
Bagaimanapun identiti lelaki terbabit tidak didedahkan dan tidak diketahui bagaimana dia boleh tertelan telefon bimbit berkenaan.
P/S: Macam mana lelaki itu sampai boleh tercekik telefon bimbit jangan tanya penulis. Apa yang pasti perkara ini begitu pelik dan terlampau luar biasa. Namun, ada kalanya agak lucu juga dengan ragam manusia pada hari ini. Sebagaimana peribahasa, "banyak orang banyak ragam".
0 comments:
Post a Comment