BUKIT MERTAJAM : Nahas di Kilometer 8.6 Lebuhraya Butterworth Kulijm Expressway (BKE) semalam membabitkan dua orang penunggang motosikal dan sebuah kereta.
Seorang wanita dilaporkan maut di tempat kejadian manakala teman lelakinya dikatakan cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital.
Dalam insiden jam 3.15 pagi tersebut, Nor Farizah Suhaimi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala manakala rakan lelakinya, Saiful Helmi Zulkiflee, 22, kritikal selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah Mercedes.
gambar hiasan
Kemalangan dikatakan berpunca daripada motosikal Honda EX5 yang ditunggang Saiful Helmi tersebut tidak melalui lorong khas yang disediakan sebaliknya menggunakan lorong sebelah kiri sebelum kedua-duanya tercampak akibat dilanggar sebuah kereta.
Saiful Helmi dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala mayat Nor Farizah turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Bapa Nor Farizah, Suhaimi Yakin, 40, berkata, anaknya ada meminta izin untuk keluar bersama rakan-rakan kira-kira jam 9 malam.
Namun, dia dikatakan tidak membenarkan anak gadisnya tersebut keluar kerana bimbang akan keselamatannya memandangkan waktu sudahpun malam.
Farizah dikatakan tetap keluar apabila dijemput rakan walaupun tidak dibenarkan dan hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya tersebut kira-kira jam 5 pagi.
“Saya sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpanya dan berharap orang ramai memadamkan dan tidak menyebarkan gambar kemalangan tersebut,” katanya.
0 comments:
Post a Comment