Friday, April 4, 2014
10:03 PM 0

Pelajar MRSM Di Panah Petir Meninggal Dunia


Pelajar MRSM Alor Gajah, Melaka yang dipanah petir di padang sekolahnya pada 3 April lalu telah dilaporkan meninggal dunia kelamarin. 

Arwah, Johan Jasmin yang berusia 13 tahun telah yang telah dirawat di unit ICU di Hospital Melaka dilaporkan meninggal dunia pada jam 3:50 petang kelmarin selepas kritikal sejak tarikh kejadian. 

Pada hari kejadian, mangsa yang bersama-sama pelajar lain diarahkan oleh guru mereka ke dewan sekolah daripada padang selepas cuaca tidak elok. Walaubagaimana pun, petir telah menyambar Johan dan menyebabkan kepalanya berasap. Guru sekolah yang berada di situ pada ketika itu segera membawa mangsa ke hospital.  Tiada pelajar lain yang turut tercedera.

Mangsa kritikal dibawa dari Hospital Alor Gajah ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. 

Innalillahi Wainnalillahirajiun. Al-Fatihah kepada adik Johan Jasmin, dan takziah dari Pensel Petik kepada keluarga adik Johan Jasmin. 

0 comments:

Post a Comment