Sunday, March 23, 2014
12:09 PM 0

Kelebihan Sainstifik Lelaki Menyimpan Janggut



Sememangnya, menyimpan janggut merupakan salah satu sunnah Rasulullah sejak seribu empat ratus tahun yang lalu. Kajian saintifik terhadap janggut membuktikan bahawa, seorang laki-laki yang menyimpan mempunyai kelebihan tersendiri.

Dr Jamnul Azhar Mulkan merupakan seorang doktor perubatan, memiliki beberapa rangkaian klinik dan juga seorang pendakwah. Dalam satu ceramah, beliau mendedahkan bahawa hasil kajian saintifik mereka menjumpai sesuatu yang sangat luar biasa tentang janggut. Bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada  itu.

Menurut Dr Jamnul Azhar, kajian oleh saintist dari Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Subhanallah.

Tapi persoalannya adalah, bagaimanakah caranya? Jawapannya cukup mudah iaitu hanya melalui sentuhan. Ya, para isteri hanya perlu menyentuh janggut suami untuk mendapat kemaslahatan ini. Jadi kepada para isteri yang masih dibelenggu untuk memperolehi cahaya mata, kerapkanlah membelai janggut suami.

Perkara ini sekali gus membuktikan bahawa apa yang disarankan oleh Islam sejak 1400 tahun yang lalu mempunyai hikmah yang tersendiri.

Sememangnya Rasulullah suka melihat lelaki yang berjanggut. Ini dibuktikan apabila, ketika di zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang berjanggut 2 helai datang ke masjid. Ketika mengambil wuduk, lelaki tersebut memandang Rasulullah dan Rasulullah pun tersenyum melihat lelaki tersebut. Lelaki tersebut hairan dan bersangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang hanya 2 helai.

Keesokkan harinya, lelaki tersebut mencukur janggutnya dan datang ke masjid, apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman kepada Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW terus tidak memandang lelaki tersebut.

Bertambah hairanlah lelaki itu ketika ini, lalu dia bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW,
"Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti hari sebelum ini?"

Lalu Baginda Rasulullah SAW menjawab, "Sebelum ini aku nampak  malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang  jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat"

Sharing is loving :)

0 comments:

Post a Comment