Sunday, February 2, 2014
10:11 AM 0

Suami Bakar Isteri Hanya Kerana Melahirkan Bayi Perempuan?!!!


Dunia kini kian kembali ke era sewaktu zaman jahiliah dahulu apabila bayi perempuan tidak diperlukan untuk lahir di muka bumi ini.

Situasi seperti ini dapat digambarkan dengan apa yang terjadi pada masa kini di India. Seorang suami tergamak mencurahkan minyak tanah lalu membakar isteri dan anaknya hidup-hidup semata-mata hanya kerana wanita itu melahirkan bayi perempuan.


Kejadian menyayat hati itu berlaku ketika ibu malang itu, Annu Devi, 22, sedang menyusukan bayinya itu sebelum suaminya, Gunjan Masat melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Lebih kejam lagi, Gunjan meletakkan dua beranak itu yang berada dalam keadaan separuh mati ditempat pembakaran kayu untuk menjadikannya sebagai suatu kemalangan bukan pembunuhan.

Kedua-dua mereka ditemui oleh jiran keesokannya dan didapati masih hidup meskipun dikatakan hampir keseluruhan badan mereka terbakar. Mereka bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

0 comments:

Post a Comment