Sunday, February 2, 2014
10:08 AM 0

Padah Skodeng!!! Lelaki Mati Di Belasah Mengintai Di Tandas Wanita


Pulau Pinang : "Hanya kerana mengintai di tandas wanita, nyawa melayang". Itulah yang dapat diperumpamakan insiden yang berlaku di sini kelmarin apabila seorang warga emas tergadai nyawanya akibat dibelasah oleh orang ramai sejurus selepas tindakannya 'skodeng' seorang wanita di tandas awam.

Kejadian yang berlaku di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengakibatkan seorang warga emas dimasukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital seminggu yang lalu akibat pendarahan teruk di bahagian otak.

Dalam kejadian tragis Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dirinya diintai melalui celahan pintu tandas yang tidak boleh ditutup rapat.

Wanita terbabit terus menjerit meminta tolong dan saudaranya yang berada diluar meluru masuk sebelum ternampak seorang lelaki tua berada di tandas bersebelahan.

Suspek yang juga seorang pengemis lalu dipukul oleh orang awam yang berang dengan tindakannya tersebut sebelum dia diserahkan kepada pihak polis.

0 comments:

Post a Comment