Monday, January 6, 2014
10:18 PM 0

Shila Amzah Dah Kahwin??



Industri hiburan tanah air secara tiba-tiba dikejutkan pula dengan khabar angin mengatakan Shila Amzah dah kahwin. Siapa yang tidak terkejut melihat foto Shila yang cantik molek mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru lalu. Tambahan pula pada ketika itu Shila berada di Shanghai.


Selepas berita putusnya pertunangan Shila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad ditambah pula dengan kontroversi yang melanda dirinya bersama Johan As'ari juga pelakon dan rakan karibnya, tiba-tiba sahaja sampai khabar angin mengenai perkahwinannya pada awal tahun baru lalu.

Bukan di Malaysia tapi nun di Shanghai sana. Melihat kepada foto-foto yang dikongsikan memanglah nampak seperti Shila yang terkenal dengan lagunya 'Patah Seribu' bersedia untuk diijabkabulkan.

Padahal Shila sebenarnya terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya untuk berpakaian sebegitu. Kena pulak dengan tema pemakaian malam tersebut ialah perkahwinan.


Ingatkan penyanyi ini telah menemukan cinta sejatinya di China kerana dilihat terdapat juga fotonya bersama seorang jejaka tampan yang juga memakai suit perkahwinan.

Rupa-rupanya jejaka tersebut hanyalah pasangan duetnya pada malam tersebut. Pada malam tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagi lagu berjudul Hao Jiubujian.

0 comments:

Post a Comment