Prof. Rahinah Ibrahim
Terbaek! Seorang rakyat Malaysia telah memenangi kes dasar larangan memasuki Amerika Syarikat oleh negara itu selepas Hakim Daerah San Francisco memihak kepada Rahinah yang merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
Kes Rahinah merupakan kes yang pertama seseorang individu mencabar keputusan kerajaan AS.
Terdahulu pada 2005, Rahinah telah disekat untuk memasuki negara tersebut di lapangan terbang San Francisco kerana pihak kuasa mendakwa namanya tersenarai di dalam individu yang dilarang memasuki negara berkenaan. Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia namun visa ke AS di batalkan berdasarkan peruntukkan undang-undang berkaitan individu yang disyaki pengganas. Beliau tidak dibenarkan memasuki negara itu lagi selepas kejadian tersebut.
Rahinah kemudiannya menfailkan petisyen kepada kerjaan AS untuk membersihkan namanya di dalam individu yang dilarang memasuki negara tersebut. Namun petisyennya itu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan AS.
Kemudian beliau membuat tuntutan mahkamah bahawa tidakkan kerajaan tersebut melarangannya memasuki negara tersebut telah memburukkan namanya.
Hakim Mahkamah Daerah San Francisco memutuskan bahawa Rahinah bukan satu ancaman kepada negara tersebut. Di samping itu, beliau juga layak untuk dimaklumkan sama ada masih di dalam senarai individu yang dilarang atau pun tidak. Hakim tersebut menambah, sebarang kesilapan tentang Rahinah perlu diperbetulkan dan pihak berkuasa perlu memberi lebih banyak maklumat tentang sekatan permohonan visanya.
0 comments:
Post a Comment