Pegawai Polis Didenda Kes Tangkap Khalwat!!!
Seringkali kita dengari polis memberi denda kepada orang awam kerana melanggar undang-undang tapi kali ini lain pula ceritanya apabila dua orang pegawai polis yang merupakan kekasih dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah.
Gara-gara hanya berdua-duaan tanpa ikatan yang sah di dalam sebuah rumah, pasangan pegawai polis yang masing-masing berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam lalu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor.
Tertuduh, Mohd Che' Puteh Omar, 28, dan pasangannya Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan kes dibicarakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.
Kedua-dua mereka yang berasal dari Johor itu ternyata faham dengan pertuduhan yang dibicarakan oleh hakim dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, Kuala Selangor pada 19 Ogos 2013 jam 5.55 pagi.
Mahkamah tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3,000 atau penjara 60 hari jika tidak mampu membayar denda berkenaan.
ASSALAM.. MANA KAMU DAPAT GAMBAR PMPUAN YANG KENA UPLOAD DENGAN TUALA TU . TERANG TERANG TU BUKAN GAMBAR DIA. BERHATI HATI DENGAN SETIAP VIRAL YANG KAMU DEDAHKAN. KALAU X TAHU PERKARA YANG SEBENAR JANGAN VIRAL GAMBAR YANG TAK BETUL.TERANG TERANG PIC YANG PEREMPUAN BERTUALA TU BUKAN DIA. KAMU TIADA DI TEMPAT KEJADIAN JANGAN MEMANDAI NAK VIRAL GAMBAR YANG TAK BETUL. NTAH GAMBAR SIAPA YANG KAMU AMBIL TU.
ReplyDeleteyang nyata pic wanita yang bertuala tu bukan dia. aku tahu la.
ReplyDelete