Friday, January 24, 2014
12:33 PM 0

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha Kantoi Berkhalwat?


Gossip dan artis berpisah tiada. Gossip sendiri sangat luas skopnya, dari segi skandal, hubungan cinta, perkahwinan, tuduhan khalwat, gambar bogel dan sebagainya. Sebab itu para artis memang tidak dapat lari dari segala bentuk gossip ini dan ada kalanya daripada gossip liar ini lah dapat menjadikan mereka lebih viral atau pun menjatuhkan lagi imej mereka.

Kali ini timbul lagi gossip tentang isu khalwat. Kita masih segar dengan gossip tentang khalwat yang melanda pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa apabila dia dituduh berkhalwat sedangkan ketika itu dia tidak berada di Malaysia. Tapi, warkah kali ini Pensel Petik ingin konsgi gossip tentang dua selebriti yang sedang hangat bercinta iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang dikatakan telah ditangkap khalwat pada tahun lalu.

Dalam menyampaikan informasi ini, Pensel Petik tidak menolak bahawa ini hanyalah sekadar gossip liar. Namun perkara ini dapat menjatuhkan imej dua pelakon berkenaan. Namun pujian harus diberikan kepada Hairul Hazreen, sebelum lebih banyak tomahan dan komen negatif diberikan oleh orang ramai, dia telah tampil memberi kenyataan dalam satu laman web akhbar tempatan.

"Saya tidak tahu apa motif utama pihak yang sebarkan fitnah ini. Apa sebenarnya masalah mereka? Apa yang saya perlu jelaskan sedangkan benda(khalwat) tak berlaku?"
"Apa yang saya lihat, fitnah dilakukan sebagai satu provokasi yang bermotif untuk menjatuh reputasi kami berdua."
Artis yang berusia 26 tahun berkenaan begitu terkilan kerana dia juga menjadi mangsa fitnah pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab seperti rakan-rakan artisnya yang lain.

"Macam orang cakap kepada saya. Sebelum saya pernah dituduh bergaduh dengan Dazrin. Ada juga yang mengatakan saya menumbuk orang hanya dengan alasan saya mempunyai seni mempertahakan diri."
"Kali ini isu yang lebih panas pula mereka cuba bangkitkan. Mereka tidak fikirkah perkara ini mampu menjatuhkan maruah dan imej kami dan keluarga?"

0 comments:

Post a Comment