Saturday, July 5, 2014
8:50 AM 0

TAZKIRAH RAMADHAN : 8 Sebab Utama Rezeki Susah Sangat Nak 'Masuk'


Mungkin ramai yang pening kenapalah dari dulu sampai sekarang tak juga senang. Walaupun dah bergaji besar tetap rasa tak cukup, tetap rasa tak senang. Berkemungkinan salah satu daripada lapan sebab yang bakal admin rungkaikan kena dengan situasi anda. Insya-Allah ini semua sebagai peringatan. Agar kita sedar di mana salah dan silap kita.

Antara 8 sebab mengapa rezeki susah nak 'masuk' :

1. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
2. Tidak bersyukur dan banyak mengeluh
3. Jarang/tidak langsung beristighfar
4. Riak bila bersedekah
5. Berkira sangat untuk bersedekah walaupun 10 sen
6. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
7. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
8. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini

Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, tetapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

p/s : segala kekurangan, salah dan silap mohon dimaafkan. . .yang baik datangnya dari Allah manakala yang buruk datangnya dari kekhilafan saya sendiri. . .

0 comments:

Post a Comment