Monday, July 7, 2014
2:07 AM 0

MISTERI TERUNGKAI!! Kisah Sebenar Di Sebalik Sebuah Kubur Yang Didakwa Bercahaya

Baru-baru ini penduduk di sekitar daerah Taiping digemparkan dengan kejadian aneh yang berlaku pada kubur seorang wanita. 

Kubur itu didakwa orang ramai di alam maya kelihatan bercahaya sebaik sahaja jenazah dikebumikan. 

Namun, berita yang tersebar itu tahyul belaka apabila kawan kepada si mati mendedahkan hal sebenar yang berlaku sewaktu pengebumian tersebut. Mari kita lihat apa kata King Jason, rakan kepada si mati tersebut.


Rupa-rupanya cahaya yang kelihatan dalam kubur tersebut hanyalah pantulan cahaya matahari yang terkena pada papan penghadang tanah. Mati-mati admin ingat betul-betul berlaku keajaiban sebelum pengebumian tersebut. Siapalah yang teruk sangat sebarkan berita palsu ni. Ajal dan maut ni bukan perkara yang boleh dibawak main. Daripada dok buat citer bukan-bukan pasal orang yang sudah tiada lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah buat si mati. Al-Fatihah. . . .

0 comments:

Post a Comment