Sunday, July 13, 2014
8:59 AM 0

MESTI BACA! Kisah Keajaiban Syuhada Yang Gugur Syahid Di Palestin


Terima kasih kerana anda membaca artikel ini, mungkin sebagai bukti anda mengambil berat tentang saudara kita di Palestin.

Jom baca kisah yang penulis ringkaskan supaya mudah untuk pembaca sebarkan agar semua kenalan kita dapat mengetahui janji Allah SWT kepada mereka yang berjihad di jalan-Nya bukanlah palsu.

Kisah pertama:
Kisah menarik ini diceritakan oleh adik kepada dua orang syuhada Palestin, Muhammad dan Asem Rihan yang bernama Gadar. Dia menceritakan bahawa, betapa dia terkejut apabila membuka kubur Muhammad dan seorang lagi syuhada Palestin, Yasser Aseeda selepas 100 hari kematian meraka pada 18 Februari 2002. 

Gadar yang berasal daripada Naples menceriatakan lagi kubur mereka mengeluarkan wangian semerbak kasturi. Beliau menyaksikan bagaimana darah abangnya masih lagi kelihatan panas. Janggut abangnya juga masih lagi kekal tumbuh. Subhanallah!

Kisah kedua:
Anwar Hamran antara syuhada Palestin yang mempunyai kisah menarik di mana ketika dia syahid, ibu, isteri dan adiknya menghantarnya ke hospital. Darah-darah Anwar Hamran melekat pada pakaian mereka dan Subhanallah, pakaian mereka yang terkena darah tersebut berbau harum semerbak.

Kisah ketiga:
Seterusnya, kisah Muhammad Yusuf Al Ashqar daripada Batallion Al-Aqsa. Selepas Muhammad Yusuf syahid, darahnya terus mengalir daripada lukanya di kepala sehingga beliau disemadikan di dalam liang lahad.

Subhanallah! Itulah antara keajaiban yang sempat penulis nukilkan di sini, mungkin terdapat banyak lagi kisah-kisah menarik dan ajaib berlaku di sepanjang perang Gaza antara Palestin dan Israel laknatullah.

~Mohon sebarkan agar kenalan-kenalan kita dapat mengetahui janji Allah SWT kepada mereka yang berjihad di jalan-Nya bukanlah palsu.~

Anda berminat untuk membaca:




0 comments:

Post a Comment