Saturday, July 12, 2014
11:13 AM 0

JOM BACA! Penemuan Budak Misteri Di Gurun Sahara


Kisah mesteri ini bermula pada tahun 1960 apabila suku nomad yang tinggal di Reo de Oro, Gurun Sahara ternampak seorang budak berkeliaran di gurun itu. Penemuan pelik mereka ini dilaporkan kepada seorang ahli antropologi, Jean-Claude Auger yang datang dari Basque.

Ahli antropologi tersebut kemudian turun ke gurun tersebut untuk menyiasat dakwaan suku nomad itu tadi. Ternyata apa yang dilaporakan adalah benar, Jean melihat sendiri seorang budak lelaki yang hidup bersama sekumpulan kijang di gurun tersebut. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah, dia sendiri melihat budak lelaki berkomunikasi dengan kijang-kijang tersebut dan turut sama memakan akar-akar dan cacing sebagaimana kijang-kijang bersamanya.

Dua tahun selepas itu, dengan bantuan tentera Sepanyol, Jean kembali ke gurun tersebut dengan menaiki sebuah Jeep untuk menangkap dan menyiasat budak tersebut. Namun, usaha mereka gagal apabila Jeep dinaiki mereka terbalik ketika cuba mengejar budak tersebut.

Tidak berputus asa dengan cubaannya yang pertama, Jean kembali lagi 4 tahun berikutnya kali ini dengan bantuan helikopter dan jaring. Walaubagaimana pun, dia masih gagal untuk menangkap budak tersebut.

Pada tahun 1970, Jean-Claude Auger dengan nama samaran Armen menulis buku tentang perkara tersebut yang bertajuk L'enfant sauvage du grand desset (Gazelle  Boy). Kemudian pada tahun 1997, Serge Aroles membuat siasatan tentang buku tersebut dan mengumpul beberapa testimoni. Tanpa diduga, Armen kemudian mengakui yang dia telah menulis sebuah buku fiksyen.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Feral_child

0 comments:

Post a Comment