Seorang pelajar MRSM Tumpat terkejut apabila al-Quran yang diambilnya untuk bertilawah pada 3 Ramadhan lalu telah hilang beberapa ayatnya. Al-Quran tersebut kemudiannya diserahkan kepada imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman.
"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH."
"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran,"Itulah antara kata-kata Mohamad ketika ditemu-ramah oleh wartawan semalam.
Ambillah peluang untuk membaca Al-Quran selagi nikmat yang diberikan oleh Allah selama ini tidak ditarik lagi.
ReplyDelete