Thursday, June 12, 2014
11:11 AM 0

Lelaki Bertindak Bunuh Diri Gara-Gara Kekasih Hodoh!!

Inilah penangan cinta alam maya atau lebih dikenali cinta siber. Bila dalam gambar cantik bukan main mengalahkan bidadari. 

Bila jumpa depan muka memang langsung tak terduga sampai terkelu lidah sukar berkata-kata. Terkelu lidah tidak bermakna terpegun melihat kecantikan si dia yang ditunggu sekian lama. 

Akan tetapi kebanyakan cinta siber ini seringkali berakhir dengan kegagalan akibat si dia yang jauh sekali lain seperti yang kita gambarkan, bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa'. 

Kegagalan cinta siber ini bukan sahaja mengundang patah hati malah ada yang sanggup bunuh diri. 

Seperti yang terjadi baru-baru ini di Filipina, seorang lelaki sanggup membunuh diri kerana tidak sanggup menerima hakikat kekasihnya yang baru dikenali di laman sosial tidak secantik dalam gambar yang dimuat naik di Internet. 


Mark Anthony Perez dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama kekasih sibernya itu 4 bulan lalu dan tidak pernah bertemu lantaran tinggal berjauhan. 

Kekasihnya itu dikatakan seringkali menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya agar kelihatan lebih cantik dan menarik. 

Mark mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman termasuklah pada otak dan paru-parunya.

0 comments:

Post a Comment