Friday, April 11, 2014
10:16 PM 0

Saya Teringin Seorang Lelaki Untuk Bermanja- Marsha

Marsha Milan Londoh dalam filem 'Laga'.
"Sudah menjadi lumrah seseorang itu ingin disayangi. Begitu juga saya, lebih-lebih lagi saya seorang yang manja. Jadi saya perlukan seorang teman lelaki untuk saya curahkan rasa manja saya kepadanya. Perkara ini sangat bagus untuk membina motivasi diri, ia membuatkan saya merasa semakin positif dan sentiasa cuba untuk lakukan sesuatu lebih baik pada masa akan datang."
 Itulah antara kata-kata seorang artis jelita tempatan, Marsha Milan Londoh yang dikenali sebagai Marsha. Artis yang muncul di dalam filem 'Laga' baru-baru ini telah meluahkan isi hatinya tersebut kepada seorang wartawan daripada akhbar tempatan.

Sebelum itu, Marsha turut memberi kenyataan tentang status teman lelakinya itu bagi mengelakkan buah mulut orang ramai tentang kekasihnya itu. Tambahan pula, baru-baru ini industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita bahawa pelakon terkenal, Hanez Suraya telah bercinta dengan suami orang.
"Dia solo, bukan duda mahupun suami orang. Saya juga takut jika apa yang Hanez Suraya lalui turut terjadi kepada saya sehinggakan saya telah menyelidik latar belakang teman lelaki saya ini. Keputusan yang saya perolehi adalah, sah-sah dia bukan suami orang." kata Marsha sambil ketawa.
 Dia menambah lagi bahawa, kalau boleh dia tidak mahu terlibat dengan suami orang dan tidak mahu kacau mana-mana pasangan. Jika saya di pihak wanita tersebut sekali pun saya tidak akan mahu bermadu.

Dalam masa yang sama, Marsha turut memberitahu bahawa teman lelakinya itu cuma individu biasa dan bukannya berstatus VIP.

0 comments:

Post a Comment