Sunday, April 20, 2014
1:06 PM 0

Orang Yang Disukai Oleh Dajjal


Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat bimbang umatnya yang berdepan dengan fitnah Dajjal pada akhir zaman(zaman sekarang). Baginda sudah meninggalkan pesan kepada kita agar berdoa agar dijauhkan dari fitnah Dajjal di dalam solat mahupun di luar solat.

Kali ini Pensel Petik ingin kongsikan tentang ciri-ciri orang yang disukai oleh Dajjal. Berikut antara sikap dan ciri-ciri orang yang disukai oleh Dajjal:

  1. Orang yang mengendahkan azan walaupun dia mendengar azan telah dilaungkan.
  2. Orang yang tetap tidak ambil peduli walaupun sudah mengetahui apakah yang dirancang oleh Dajjal dan cara-cara untuk menghindari dari fitnah Dajjal.
Sememangnya Dajjal tidak datang secara tiba-tiba melainkan persiapan untuk ketibaannya telah disediakan oleh manusia sendiri terutama golongan iluminiti dan freemason. Mungkin ramai yang sudah tahu dan tidak kurang juga sudah mengkaji rahsia-rahsia tentang gerakan kumpulan ini, tetapi berapa ramaikah yang mengambil langkah untuk mengelakkan diri daripada fitnah Dajjal.

Baru-baru ini Habib Umar telah memberi satu pesanan kepada umat Islam agar berhati-hati dengan fitnah Dajjal kerana 8 ulama besar Yaman telah bermimpi bahawa ikatan Dajjal telah pun dilepaskan. Baca lebih lanjut di sini. Jadi marilah kita sama-sama menyiapkan diri agar dapat menghindari diri daripada fitnah Dajjal ini.

0 comments:

Post a Comment