"Radiasi telefon bimbit boleh menjejaskan pertumbuhan otak bayi di dalam kandungan dengan risiko janin hiperaktif sehingga 30%, ketakutan, dan lemah daya ingatan jika ibu yang hamil terdedah dengan radiasi telefon bimbit."Antara faktor yang mendorong kepada fenomena ini adalah kanak-kanak mempunyai tengkorak yang nipis, otak lebih kecil, tisu otak lebih lembut, dan sel berkembang dengan terlalu aktif. Sementara itu, saintis dari Kanada mendedahkan bahawa, risiko untuk menghidap tumor malignat otak meningkat 5 kali ganda kepada kanak-kanak dan remaja yang menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20 tahun jika dibandingkan dengan orang dewasa.
Sintom-sintom yang akan dialami oleh remaja bawah 30 tahun yang menggunakan telefon bimbit terlalu kerap adalah sakit kepala, pening dan mudah hilang fokus.
Walaubagaimana, pada era modenisasi ini, penggunaan telefon bimbit tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan medium terpenting dalam komunikasi.
0 comments:
Post a Comment