Monday, March 24, 2014
9:16 AM 0

Tanda-Tanda Sebelum Tiba Ajal


Mati itu pasti kepada setiap manusia, namun tiada siapa pun ketahui bilakah hari tersebut akan tiba kepadanya. Allah SWT telah memberi tanda kematian seorang  muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari sebelum kematiannya.

Tanda 100 hari sebelum ajal :
Selepas waktu Asar (waktu Ashar merupakan waktu pergantian dari terang ke gelap), kita merasa menggigil dari ujung rambut hingga ke kaki, getaran yang sangat kuat, tidak seperti kebiasaan. Bagi yang menyedarinya akan merasa ketenangan di hatinya, namun yang tidak menyedari perkara ini tidak akan memberi apa-apa makna kepadanya.

Tanda 40 hari sebelum ajal :
Selepas Asar, jantung berdegup-degup kuat. Daun yang tertulis nama kita di lauh mahfudz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mula mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 hari sebelum ajal :
Akan diuji dengan sakit, namun dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu. Sedangkan pada adab, orang yang sakit tidak berselera makan kebiasaannya.

Tanda 3 hari sebelum ajal :
Terasa denyutan di tengah dahi. Jika tanda ini dirasai, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak dipenuhi najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Tanda sehari sebelum kematian :
Di waktu Asar, terasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan bahawa kita tidak akan bertemu dengan Asar keesokan harinya. Bagi yang husnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam keadaan ini ucaplah 2 kalimah syahadah.

Sahabatku yang budiman, Subhanallah, Imam Al-Ghazali mengetahui saat kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri dirinya, beliau sudah mandi dan wudhu malah mengafani dirinya, kecuali bahagian wajah yang belum ditutup. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya. SubhanAllah. Malaikat maut
akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan bersedia menerima kematian pada bila masa dan di mana sahaja. InsyaAllah. Amin.

0 comments:

Post a Comment