Thursday, March 6, 2014
5:57 PM 0

Punca Pengharaman Komik Ultraman The Ultra Power di Malaysia


Tindakan Kementerian Dalam Negeri(KDN) mengharamkan penerbitan komik Ultraman The Ultra Power telah mendapat sindiran daripada orang ramai. Perkara ini menjadi bahan "troll" di laman sosial oleh segelintir individu.

Persoalan yang timbul adalah, apakah faktor-faktor yang mendorong KDN mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap komik tersebut? KDN tampil dengan hujah bahawa komik tersebut diharamkan kerana ia didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan mungkin memberi kesan yang negatif kepada pembaca jika terus dibiarkan.
"Hal ini kerana, ia mempunyai ayat dan perkataan yang mengelirukan dan juga pelik apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu di mana membabitkan Kalimah Allah"


Warta larangan ini dikuatkuasakan pada 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Mereka yang disabit kesalah boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun atau denda sebanyak RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

0 comments:

Post a Comment