Friday, January 3, 2014
5:30 PM 0

Yusry KRU Ambil Kesempatan??


Pelakon dan juga penerbit Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusry KRU dikatakan mengambil kesempatan di atas populariti isterinya Lisa Surihani dengan membuat rakaman lagu duetnya bersama Lisa yang berjudul Kekasih Abadi. Pelakon jelita Lisa Surihani lantas menepis tanggapan negatif tersebut. Lisa menjelaskan kepada media bahawa tiada istilah menumpang populariti dalam hal ini kerana Yusry itu suaminya sendiri. Lagu duet ini dihasilkan atas permintaan Yusry sendiri kepada Lisa untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan dan Lisa membenarkannya.


Lisa yang sudah hampir 2 tahun membina rumah tangga bersama Yusry kini bercuti di Florida, Amerika Syarikat bersama suami tercinta serta ahli keluarganya. Lagu Kekasih Abadi ciptaan Edry Abdul Halim yang dirakamkan sekitar bulan September lalu dan mengambil masa kira-kira 2-3 hari untuk menyiapkan rakaman lagu duet tersebut. Pada mulanya Lisa agak kekok serta sukar untuk berduet dengan Yusry kerana merasakan diri tidak berbakat dalam bidang nyanyian. Akan tetapi selepas sekian lama dipujuk oleh suami tambahan pula dengan sokongan ahli keluarga yang lain barulah terbuka hatinya untuk cuba berkecimpung dalam bidang nyanyian

0 comments:

Post a Comment