PETALING JAYA : Ibu kepada pengarah dan juga pelakon KL Gangster, Syamsul Yusof (gambar) mengesahkan pernikahan anaknya bakal dilangsungkan Februari ini.
Desas-desus mengatakan Syamsul bercinta dengan aktres yang tidak kurang hebatnya, Puteri Sarah Liyana akhirnya membawa pasangan dua sejoli ini ke jinjang pelamin.
Menurut sumber, Datin Patimah Ismail mengatakan majlis merisik telah dilakukan di rumah pihak wanita Ahad lalu.
Puteri Sarah Liyana dirisik keluarga Syamsul Ahad lalu
Majlis yang dikatakan bakal dilangsungkan pada bulan depan ialah atas kehendak Syamsul dan kedua-dua belah pihak bersetuju.
"Insya-Allah mereka bakal disatukan bulan depan jika tiada aral yang melintang namun kami masih lagi berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis tersebut", kata ibunda Syamsul, Datin Patimah Ismail.Datin Patimah berkata hasrat Syamsul untuk bernikah dengan Sarah diluahkan setelah selesai mengerjakan umrah 28 Disember lalu.
Syamsul juga telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan dia yakin Sarah merupakan yang terbaik untuk menjadi pasangan hidupnya
0 comments:
Post a Comment