Friday, January 10, 2014
12:03 AM 0

Logo Halal JAKIM Pada Tin Arak??


Apa cerita pulak ni? Air Calrsberg pun ada tanda halal?? Tanda halal jakim lagi tu. 

Semua pihak tidak tahu mana datangnya tanda halal tersebut yang mirip dengan kepunyaan jakim. Walaubagaimana pun, pihak JAKIM telah pun membuat laporan polis ekoran kejadian ini. 

Di fahamkan, pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini mempunyai unsur sabotaj kepada JAKIM mahupun kerajaan Malaysia. Sememangnya rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, amat sensitif terhadap perkara yang membabitkan halal dan haram terutamadalam makanan mahupun minuman.

Sebagai umat Islam, pengambilan makanan dan minuman yang halal amat penting kerana ia menjadi indikator dalam penerimaan sesuatu amal ibadah seperti solat, doa dan sebagainya. Justeru, masalah-masalah berkaitan dengan halal dan haram ini haruslah ditangani secara menyeluru.




0 comments:

Post a Comment