Friday, January 3, 2014
4:52 PM 0

Lana Nordin Berhijab??


Masih segar dengan berita panas pengumuman Johan As'ari memutuskan hubangan cintanya dengan Lana Nordin yang baru dibina selama satu bulan. Selepas hubungan mereka terputus, Lana Nordin tampil membuat kenyataan bahawa niat ingin berubahnya tidak pernah padam yang telah dipasangnya sejak sebelum bercinta dengan Johan lagi.

Terbaru, Lana tampil dengan imej bertudung seperti seorang gadis melayu yang tulen dari pendalaman dengan keayuan dan cahaya berseri di wajahnya. Imej terbarunya itu diwara-warakan menerusi akaun Instagramnya di mana dia memuat naik gambar terbarunya dengan memakai tudung.

Walaubagaimana pun, cubaannya ini mendapat pelbagai respon dari orang ramai dari sudut positif mahu pun negatif. Gambar yang diuploadnya ini tampil bersama caption yang tertulis

MMI&I tq to my childhood frens @babybearhana giving me this beautiful tudung n pls visit her nice collection stuff @hndcollections...enjoy shopping guys.

Akhirulkalam, semoga Lana Nordin meneruskan niatnya untuk berhijrah dan orang lain perlu memberi dia peluang untuk cuba hijrah. Ini adalah cubaan pertama Lana Nordin memakai tudung sejak menjadi artis.



0 comments:

Post a Comment