Saturday, January 11, 2014
9:17 AM 0

Hilary Duff Sah Bercerai 10 Januari Lalu


Selebriti popular Hollywood, Hilary Duff mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan penceraian dengan suaminya yang juga bekas ahli sukan, Mike Comrie pada tanggal 10 Januari lalu.

Sebelum ini tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka namun dinafikan Hilary sendiri. Mereka juga dilihat menyambut tahun baru 2014 bersama pada 1 Januari lepas.

Mereka memutuskan untuk berpisah atas persetujuan kedua-dua pihak dan masih tetap akan berkawan baik selamanya. Sementara itu, Hilary menceritakan segala perit duka perpisahan ini di akaun twitter miliknya.

Tambah Hilary lagi, ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima namun dia yakin dapat menempuhinya dengan tenang. Menurut sumber, pasangan ini telah melakukan pelbagai terapi untuk menyelamatkan rumah tangga namun segalanya sia-sia.

0 comments:

Post a Comment