Thursday, July 17, 2014
4:23 PM 0

WhatsApp Dari Salah Seorang Penumpang Nahas Pesawat #MH17 Yang Sungguh Menyayat Hati


Georgetown : Salah seorang dari 15 anak kapal MH17, Nur Shazana Mohd Salleh sempat menghantar kiriman WhatsApp kepada ibu bapanya di Malaysia ketika masih berada di Amsterdam pada malam sebelum nahas tersebut. 

Bapa kepada mangsa, Mohamed Salleh Samsudin, 54, berkata beliau menerima berita berkenaan pada jam 11 malam tadi daripada pihak MAS iaitu waktu yang sama ketika anaknya yang juga pramugari pesawat berkenaan menghantar WhatsApp pada pada malam sebelum kejadian berlaku. 
Mangsa nahas, Nur Shazana sempat menghantar kiriman WhatsApp buat ibu bapa

"Pada malam semalam dia ada menghubungi saya meminta saya menghantar gambar anak buahnya dan menyatakan hasrat untuk kembali pada hari raya pertama nanti.

"Dia ( Shazana) kata nak pergi kubur pada hari raya kedua untuk baca yasin kepada ahli keluarga terdekat kami," katanya sambil menahan sebak.

Menurut bapanya lagi, Shazana menyimpan impian sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang pramugari dan amat komited dalam setiap tugas yang dilakukannya.

Nur Shazana merupakan salah seorang dari 15 anak kapal pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan yang tidak dapat dikenal pasti di Ukraine.

Pesawat jenis Boieng 777 yang membawa seramai 280 penumpang itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment