Sunday, July 13, 2014
3:37 PM 0

Subhanallah! Lagi Keajaiban Di Bumi Gaza Telah Berlaku


Sudah banyak kisah pelik atau ajaib yang berlaku di bumi Palestin sebelum ini. Bumi yang mana penuh dengan pertumpahan darah umaat Islam pada abad ini ekoran kekejaman dari tentera Israel laknatullah yang tidak henti-henti membedil Semenanjung Gaza.

Kali ini, seekor burung pula yang menjadi tumpuan. Laman sosial milik Aman Palestin negara Mesir mengongsi satu gambar burung yang didakwa dipelihar oleh as-Syahid Ahmad Abu Kamil. Burung tersebut dikatakan masih hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Ini menggambarkan satu keajaiban yang dikurnia oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang berjuang menegakkan agama-Nya di muka bumi ini, fisabilillah.

Tuan kepada burung kakak tua tersebut, as-Syahid Ahmad Abu Kamil dilaporkan telah syahid dalam satu serangan tentaera Zionist selama 8 hari terhadap Gaza. Selepas itu, burung ini sering kali hinggap di bekas kesan darah tuannya itu. Yang lebih aneh adalah, burung itu sudah pun dialih dan dibuang ketempat lain beberapa kali sebelum ini namun dia tetap pulang ke situ semula. Subhanallah!


0 comments:

Post a Comment