Jika di Malaysia kita ada satu tumbuhan yang diberi nama 'pokok duit-duit' kerana daunnya yang bulat-bulat sepertung syiling di mana ia tumbul secara semula jadi di hutan liar. Namun berbeza pula dengan pokok yang terletak di Britain yang diberi nama 'pokok duit'. Yang ini bukan kerana dedaunnya yang berbentuk bulat, namun memang benar-benar terdapat duit syiling di dalam batang pokok itu.
Benarkah terdapat pokok sebegitu? Itulah antara persoalan yang timbul apabila meyingkap misteri duit syiling yang tertanam di dalam batang pokok tersebut. Walaubagaimana pun, duit syiling di dalam pokok tersebut bukanlah tumbuh secara semula jadi, namun ia sengaja ditanam oleh penduduk di situ oleh kerana satu kepercayaan mereka.
Menurut mereka, dengan menanam duit syiling pada batang pokok tersebut, si penanam akan disembuhkan penyakitnya. Akan tetapi, jika duit syiling yang tertanam dicabut, pesakit tersebut akan kembali jatuh sakit. Itulah kepercayaan penduduk divkampung tersebut yang membawa kepada ribuan duit syiling tertanam di batang pokok.
pokok makan duit syiling ker?
ReplyDeletepokok pun lapar der
ReplyDelete