Friday, July 11, 2014
2:53 AM 0

JOM TENGOK! Bandar Yang Di Bina Untuk Golongan Kaya Kini Jadi Bandar Hantu



Jika dilihat dengan mata kasar bandar ini sememangnya ia cukup mewah dengan bangunan-bangunan yang begitu eksklusif. Namun siapa sangka, bandar yang terletak di Bandar Beihai, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang ini telah ditinggalkan kosong tanpa sebarang penghuni. Ya, beratus-ratus bangunan yang cantik-cantik di sini ditinggalkan kosong.

Pada hari ini, penduduk tempatan menggelar bandar tersebut sebagai 'Bandar Mati'. Bandar mewah ini dibina dengan jangkaan orang-orang kelas atasan akan melabur dan membeli hartanah di bandar mewah tersebut, tambahan pula golongan kelas atasan orang kaya baru semakin meningkat pertumbuhannya ketika itu. 

Namun, apa yang terjadi adalah, tiada di antara golongan atasan ini melabur untuk bandar yang dibina dengan serba canggih dan lengkap dengan bangunan pencakar langit, pusat membeli belah, jalan raya, dan taman tersebut. Bandar tersebut mula menjadi 'bandar mati' atau 'bandar hantu' setelah tiada penduduk. Antara faktor mengapa bandar tersebut tidak menarik minat para pelabur dan penduduk adalah kerana jauh dari pusat-pusat ekonomi yang penting.
Setelah 6 tahun tiada sebarang penduduk, semestinya kos untuk penyelenggaraan yang begitu besar terpaksa ditanggung.Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .

Jom lihat foto-foto bandar tersebut di bawah ini:






0 comments:

Post a Comment