Thursday, July 17, 2014
11:59 AM 0

JOM BACA! Rangkuman Lengkap dan Punca Sebenar Pesawat MH17 Terhempas (11 Gambar)


Seluruh negara Malaysia pada hari ini gempar lagi apabila pesawat MH17 dilaporkan terhempas di sempadan Russia-Ukraine semalam. Pesawat milik Malaysia Airlines yang membawa 280 penumpang dan 15 kru itu berlepas dari Amsterdam pada 12:45 tengahari semalam dan dijadualkan tiba di Malaysia pada 6:10 pagi.

Semestinya rakyat-rakyat di negara ini amat tertanya-tanya apakah punca sebenar yang membawa kepada terhempasnya pesawat MH17 ini. Tambahan pula pesawat MAS, MH370 yang hilang sebelum ini masih belum ditemui sehingga kini.

Dalam masa yang sama, beberapa hari kebelakangan ini sememangnya sering berlaku perang antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine di wilayah Snizhne. Sehari sebelum pesawat MH17 terhempas, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada udara oleh sebuah pesawat milik Russia iaitu Sukhoi secara "air-to-air".

Perdana Menteri Ukraine, Petro Poroshenko menafikan bahawa Kiev telah bertanggungjawab terhadap pesawat yang terhempas tersebut. Kerajaan Ukraine menyalahkan Russia yang didakwa melindungi tenteranya yang digelar 'pengganas' di kawasan tersebut. 

"Pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara "surface-to-air" menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine."
Ukraine mengatakan bahawa, mereka akan membentangkan bukti penglibatan Russia ke atas pesawat tersebut kepada 'Boeing crash'. Mereka turut mendakwa, pemimpin tentera Russia, Igor Girkin (Strelkov) dengan segera mengulas mengenai bencana pesawat tersebut, mempercayai bahawa ia adalah jet Ukraine yang terhempas ke bawah: "Di Torez, An-26 telah ditembak jatuh, kemalangan yang terjadi berhampiran lombong arang batu. Kami memberi amaran kepada mereka semua : Tidak memasuki ruang udara kita." Itulah dakwaan daripada kerajaan Ukraine.















0 comments:

Post a Comment