Wednesday, July 16, 2014
1:30 PM 0

GEMPAR! Penduduk Tangkap Kelawar Jadian Yang Disyaki Mencuri Duit Orang Kampung


Penduduk di sebuah kampung yang terletak di Situbono, Indonesia gempar apabila seorang penduduk di situ dikatakan telah berjaya menangkap seekor kelawar yang didakwa sebagai kelawar jadian. Berita gempar tersebut dengan pantas tersebar ke kampung-kampung berdekatan.

Muhlis, penduduk kampung yang berjaya menangkap kelawar tersebut memberitahu bahawa dia melihat haiwan jadian tersebut di dalam rumahnya sedang berkeliaran di kawasan tempat dia menyimpan duit. Dia menceritakan lagi bahawa agak sukar baginya untuk menangkap haiwan tersebut yang terbang begitu pantas liar.

Orang Muhlis mula dibanjiri orang ramai yang ingin menyaksikan kelawar jadian tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan ilmu hitam. Sememangnya sebelum ini agak kerap berlaku kes kecurian duit orang kampung di kawasan tersebut sebelum penangkapan kelawar itu.

Menurut Muhlis lagi, dia akan mengurung haiwan tersebut di dalam balang, kerana jika ia benar-benar di hantar oleh seseorang yang menggunakan ilmu hitam, sudah pasti tuannya itu akan sukar bernafas.




0 comments:

Post a Comment