Friday, July 11, 2014
3:52 PM 0

BRIGED AL-QASSAM - Generasi Muda Perindu Syahid


Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.

Al-Qassam ini dianggotai oleh pejuang-pejuang muda yang berani untuk memperjuangkan tanah air yang diancam hebat regim Zionis. 

Kewujudan mereka yang memperjuangkan bumi Gaza serta Tebing Barat ini bukanlah lagi satu rahsia malah menjadi kegerunan bagi tentera Israel. 

Objektif utama bagi penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. 

Briged ini bertanggungjawab dalam mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis, seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel. 

Mereka dikatakan mempunyai ahli batallion yang telah dilatih seramai 25,000 orang berumur dalam lingkungan 18-30 tahun. Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin daripada penjajah Zionis.

Syarat-syarat utama yang dilihat sebelum dipilih menjadi ahli Briged ialah :
  • Teguh berpegang dengan ajaran Islam
  • Solat 5 waktu sentiasa berjama'ah
  • Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah
  • Bersedia dan mencintai syahid
  • Berdisiplin dan mentaati pemimpin
  • Mengimani perjuangan membebaskan al-Aqsa dan Palestin
Sungguh mereka mementingkan agama daripada segalanya. Tiada lagi tentera sehebat pejuang-pejuang Allah ini. Marilah sama-sama kita mendoakan kemenangan kemenangan mereka dalam usaha membebaskan bumi Palestin. Moga-moga Allah sentiasa bersama mereka yang berjuang menentang musuh-NYA. Amin Ya Rabbal Aalamin. . . .

sumber : mazeermohamad.com

0 comments:

Post a Comment