Sunday, June 15, 2014
2:40 AM 0

MESTI BACA! Manusia Ini Masih Hidup Setelah Ditikam, Diracun & Turut Ditembak 4 Kali Di Kepala

Manusia Luar Biasa : Grigori Rasputin

Semestinya individu ini sangat cekal, keras kepala, hati kering dan memang sewajarnya masuk ke dalam kategori 'Manusia Luar Biasa'.

Kali ini ceritanya dari Pensel Petik hanya memfokuskan kepada seorang individu yang begitu payah untuk dibunuh musuh-musuhnya iaitu Grigori Rasputin.

Sememangnya benarkah wujudnya manusia seperti itu? Percaya atau tidak kisah ini ada diceritakan dalam sejarah Rusia mengenai 'Superman' ini. Rasputin merupakan seorang sami yang hidup di bawah pemerintahan Tsar Nicolas II pada awal abad ke 20 di Rusia.

Tsar Nikolas II yang menjadi Raja Rusia ketika itu percaya bahawa Rasputin mampu mengubati anak mereka yang terkena penyakit Hemofilia lalu dia telah menjemput Rasputin untuk tinggal di Istana. Rasputin dikatakan memiliki perwatakan yang kurang baik kerana suka mabuk dan sering menjadi lintah darat.

Gaya hidup Rasputin tersebut membuatkan dirinya langsung tidak disenangi golongan yang memerintah. Lalu pembunuh upahan diupah dan diarahkan untuk membunuh Rasputin. Rasputin diceritakan telah ditikam oleh seorang pembunuh upahan pada tahun 1914 tetapi dia terselamat dan terus hidup.

Apabila kembali pulih, Rasputin diracun pula dengan mencampurkannya ke dalam wain. Malangnya, Rasputin tidak mati! Namun, cubaan untuk membunuh Rasputin tetap diteruskan dengan pembunuh upahan tersebut tetap memburu Rasputin.

Mereka menjumpai Ras[utin dan percubaan kali ini menggunakan pistol lalu ditembak ke kepalanya. Rasputin rebah ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasakan Rasputin sudah mati, para 'pembunuhnya' pun meninggalkan tempat itu.

Lucunya, salah seorang pembunuh tertinggal jaket dan kembali ketempat itu untuk mengambil jaketnya semula. Setibanya di tempat pembunuhan tadi, Rasputin terus bangun dan mencekiknya. Mendengar rakan mereka menjerit, para pembunuh itu datang semula ke tempat itu.

Mereka menembak Rasputin sebanyak tiga kali di kepala sehingga Rasputin terjatuh ke tanah. Tapi... Rasputin tetap belum mati! Habis tu bagaimana Rasputin mati?

Setiap yang bernyawa pasti akan mati malah setiap permulaan pula sudah semesti ada pengakhirannya. Rasputin bangkit semula setelah ditembak tapi dibelasah teruk hingga pengsan.

Setelah dianggap liat untuk Rasputin mati, mereka bertindak membungkus tubuh Rasputindan membuangnya ke Sungai yang sangat sejuk.

Ketika mayat Rasputin dipungut untuk dikebumikan, selimut itu berlumuran darah dan badannya dipenuhi luka tembakan, perutnya penuh dengan racun dan lebam diseluruh badan akibat dipukul. Selepas diperiksa, Rasputin dikatakan mati akibat kesejukan!

0 comments:

Post a Comment