Tuesday, June 17, 2014
8:03 AM 0

Kembali Hangat!! Polis Penyiasat Kes Skandal Adi Putra Dituduh Bersubahat?!!




Kira-kira sudah lapan bulan kes skandal Adi Putra yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, Nooraida Abdul Mutalib.

Ingatkan sudah selesai ceritanya kes yang berlarutan hingga ke lapan bulan ini, alih-alih timbul pula isu terbaru yang pegawai polis menyiasat kes ini dikatakan telah bersubahat.

Keputusan penyiasatan kes skandal Adi Putra oleh pegawai polis yang didakwa bersubahat

Tidak tahulah sejauh mana kesahihan khabar angin ini tapi dikatakan bekas suami Nooraida tersebut, Amiruddin Othman mempunyai bukti mengenai pegawai polis tersebut yang dikatakan telah bersubahat.

Ini juga bermakna peguam yang mewakili Nooraida dan bekas suaminya dalam menentang Adi Putra akan memohon untuk membuka semula siasatan. Apa-apa pun keputusan dari mahkamah selepas ini, moga-moga semuanya akan selesai secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment