Tuesday, April 15, 2014
11:40 AM 0

Misteri! Batu Nisan Bernyawa?


Batu nisan bernyawa? Ya, itulah yang dikatakan tentang enam batu nisan yang terdapat di Kampung Lintang, Bertam, Gua Musang, Kelantan ini. Enam batu nisan tersebut dikatakan semakin bertambah tinggi dari hari ke hari.

Sememangnya tanah perkuburan Kampung Lintang merupakan sebidang tanah kubur lama yang berusia lebih 150 tahun. Malah sudah ramai penduduk di situ mula berpindah ke tempat yang lain kerana perkara aneh tersebut tambahan pula di situ kurang kemudahan domestik.

Menurut cerita pendukduk tempatan, tiga orang yang telah meninggal dunia dikebumikan di situ dan batu nisan yang digunakan untuk menanda kubur mereka diambil daripada batu gua. Apa yang aneh ialah, batu nisan tersebut semakin meninggi setiap hari tanpa dalam keadaan bentuk asal batu tersebut tidak berubah. 

Sehingga hari ini, batu tersebut telah mencapai ketinggian orang dewasa. Enam batu nisan di Kamupung Lintang ini kekal menjadi misteri.

0 comments:

Post a Comment