Sydney: Sepasang suami isteri begitu bertuah selepas mereka tanpa diduga menjadi penonton kepada satu pertarungan hebat di antara dua binatang buas iaitu seekor ular dan buaya ketika mereka sedang bersiar-siar di Tasik Moondarra, Quensland semalam.
Pasangan tersebut yang dikenali sebagai Travis Collin dan Tiffany Collins menceritakan kejadian itu,
"Kedua-dua haiwan itu telah bertarung di dalam tasik tersebut. Kami menyaksikannya dengan penuh kagum."
"Ular tersebut berukuran sepanjang 3 meter manakala buaya tersebut lebih kurang 1 meter."Menurut mereka, ular itu membelit buaya tersebut dan membawa ke tebing tasik. Sebelum melepaskan belitannya.
"10 minit selepas itu, ular itu terus menelan buaya tersebut."Tiffany berasa begitu kagum dengan kejadian tersebut dan meresa tidak percaya kejadian aneh ini berlaku di depan matanya sendiri.
0 comments:
Post a Comment