Monday, March 24, 2014
8:17 AM 0

Misteri Nusantara : 8 Fakta Sains Yang Aneh Tapi Benar

Semakin hari semakin menggunung kejayaan yang dikecapi manusia dalam membongkar rahsia alam hak milik Allah S.W.T dengan izin-NYA. Namun kita tidak seharusnya berbangga dengan kejayaan kita yang tidak seberapa itu kerana masih banyak lagi fakta-fakta menarik tersembunyi dengan rapi tanpa diketahui. Perasaan ingin tahu manusia telah mengungkap berjuta-juta fakta sains yang benar lagi mengagumkan. Antara berjuta-juta fakta sains itu terdapat 8 daripadanya bakal didedahkan kepada pembaca.


1. Pengguna tangan kanan rata-ratanya dikatakan hidup lebih lama berbanding pengguna tangan kiri.


2. Di setiap inci persegi kulit manusia dikatakan didiami lebih 20 juta makhluk mikroskopik.


3. Ikan mas yang diletakkan di tempat gelap akan secara automatik bertukar warna putih sepenuhnya jika tidak dipengaruhi faktor pemakanan.


4. Zirafah nyata boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta walaupun pada logiknya unta mempunyai bonngolnya untuk penyimpanan air.


5. Seekor siput mampu untuk tidur sehingga 3-4 tahun tanpa makan.


6. Tiram boleh berubah jantina daripada jantan ke betina atau sebaliknya.


7. Lelaki terbukti 30 peratus lebih kuat dari wanita terutama bahagian tubuh badan.


8. Armadillo merupakan satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang mampu dan berpotensi besar dijangkiti penyakit kusta.

0 comments:

Post a Comment