Friday, March 7, 2014
4:39 PM 0

Air Mata Azizah Jatuh Berderai - Anwar Ke Penjara 5 Tahun


Gempar!! Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari. Mahkamah sebulat suara memutuskan Anwar bersalah. Anwar dikenakan hukuman 5 tahun penjara. Shafie, pendakwaraya cuba memastikan anwar dikenakan hukuman penjara yang maksimum iaitu 20 tahun namn gagal. 

Anwar Ibrahim dibenarkan ikat jamin pada saat akhir sebanyak RM10,000 . Mahkamah menetapkan wang jaminan perlu dibayar selewawt-lewatnya pada hari Isnin ini(10 Mac 2014) sebelum jam 11:00 pagi.  

Hukuman Anwar ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai. Dikatakan, Anwar akan membuat rayuan untuk mencabar keputusan mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman bersalah 5 tahun penjara kepada Anwar Ibrahim. 

Gambar-gambar diperkarangan mahkamah:






Antara kesan kepada Anwar Ibrahim adalah; beliau gagal menjadi calon di Kajang, beliau mungkin gagal mengekalkan kerusinya di Permatang Pauh, Anwar mungkin hilang kelayakkannya sebagai ketuan pembangkang.

0 comments:

Post a Comment