Belum sempat berita mereka bercumbu di dalam kapal terbang ketika bercuti di US basi, kini dunia hiburan disajikan pula dengan dakwaan bahawa dua artis ini bersekedudukan. Tidak dinafikan lagi semua peminat mereka mengetahui bahawa, Zizan Razak, dan Emma Maembong sememangnya sedang hangat bercinta ketika ini walaupun pada awalnya masing-masing cuba menafikan hubungan mereka ini.
Berbalik kepada berita mereka bersenkedudukan tadi, sebenarnya berita ini telah dilaporkan oleh jiran Zizan sendiri yang sememangnya lebih mengetahui aktiviti Zizan sebagai seorang jiran. Jirannya itu dikatakan melaporkan kepada pihak media bahawa dua artis berkenaan bersekedudukan dirumah Zizan.
Reaksi pertama Zizan setelah mengetahui perkara ini adalah dia amat terkejut dengan tindakan jirannya tersebut. Dia sebelum ini memang mempunyai hubungan yang baik dengan jirannya, ternyata sangat terkejut jirannya sanggup menyebarkan fitnah seperti ini. Dia menjelaskan bahawa, semamangnya Emma ada datang ke rumahnya beberapa kali, tetapi itu pun ketika ayah dan ibu Zizan berada di rumahnya. Tambahnya lagi, dia tidak berseorang di rumah, dia tinggal bersama abang dan pengurus peribadinya di rumah berkenaan.
Zizan dan Emma Maembong tampil memberi penjelasan tentang dakwaan mereka bersekedudukan.
Zizan menambah lagi, sepatutnya jirannya itu menyoalsiasat dia terlebih dahulu sebelum menyembarkan fitnah seperti ini. "Kalau dia ingin melihat kami berkahwin segara pun, bukan ini caranya". ujar Zizan sambil tersenyum.
"Saya akui ada datang ke rumah dia, itu pun ketika ayah dan ibunya berada di rumah dia. Selain itu, saya turut ke rumahnya jika kami perlu bergerak sekali dengan dia ke suatu acara."Itulah penjelasan Emma Maembong yang ternyata sedih dengan fitnah yang telah tersebar.
0 comments:
Post a Comment